Tuesday 19 September 2017

LETUSAN  VESEVIUS

Pada awal ogos tahun 79, mata air dan sumur-sumur mengering.Getaran-getaran gempa ringan mulai terjadi pada 20 ogos 79, dan menjadi semakin sering terjadi pada empat hari berikutnya, namun peringatan-peringatan itu tidak disedari oleh penduduk Kota Pompeii, dan pada petang 24 ogos, satu letusan gunung berapi yang dahsyat berlaku sehingga menyebakan Kota Pompeii dan kota -kota sekitarnya hilang. Kebetulan tarikh itu bertepatan dengan Vulcanalia, perayaan dewa api Romawi.


SAKSI

Laporan saksi mata satu-satunya yang bertahan dan dapat dipercayai tentang peristiwa ini dicatat oleh Plinius Muda dalam dua pucuk surat kepada sejarahwan Tacitus. Dari rumah pakciknya di Misenum, sekitar 35 km dari gunung berapi itu, Plinius melihat sebuah gejala luar biasa yang terjadi di atas Gunung Vesuvius, sebuah awan gelap yang besar berbentuk seperti pokok pinus muncul dari mulut gunung itu. Setelah beberapa lama, awan itu dengan segera menuruni lereng-lereng gunung dan menutupi segala kawasan di sekitarnya, termasuk laut yang terdekat.
"Awan" yang digambarkan oleh Plinius Muda itu kini dikenali sebagai 'aliran piroklastik', iaitu awan gas yang sangat panas, debu, dan batu-batu yang meletus dari sebuah vulkano. Plinius mengatakan bahawa beberapa gempa bumi terasa pada saat letusan itu dan diikuti oleh getaran bumi yang dahsyat. Dia juga mencatat bahawa debu juga jatuh dalam bentuk lapisan-lapisan yang sangat tebal.  Laut pun tersedut dan didorong kebelakang oleh sutu "gempa bumi" , seperti tsunami.

“Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi, tetapi jika mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, maka Kami siksa mereka disebabkan perbuatannya.”

[ Al-A’raf ayat 96 ]

No comments:

Post a Comment